
Salam...
Menjadi "pengantin baru"atau "raja sehari" menjadi satu agenda yang sangat penting dalam kehidupan setiap insan kerana ia hanya akan dirasai sekali seumur hidup.. adakalanya mungkin lebih dari sekali.. bergantung kepada jodoh masing-masing. Tetapi secara normalnya.. diharapkan mahligai yang dibina akan berkekalan ke akhir hayat.
Jadi.. disebabkan ianya hanya berlaku sekali seumur hidup .. dan tidak dapat diulangi lagi ..setiap insan mengharapkan yang terbaik di dalam majlis perkahwinan mereka. Tetapi walau bagaimanapun.. setiap yang dirancang haruslah mengikut kepada keupayaan sendiri.
Tidak bererti bajet yang kecil tidak boleh membuatkan sesuatu majlis itu meriah dan tidak dapat dilupakan ! Oleh itu ikutilah tip-tip yang akan saya sertakan untuk menjadi panduan anda sendiri bagaimana mencipta satu majlis perkahwinan anda yang tersendiri dan meriah itu.
Lazimnya terdapat beberapa kategori bakal pengantin.
1) Golongan berada - Mereka tidak mempunyai banyak masalah di dalam merancang perkahwinan mereka disebabkan keupayaan kewangan yang baik. Biasanya mereka menggunakan khidmat wedding planner untuk sesebuah perkahwinan tersebut.
2)Golongan pertengahan- Mereka adalah golongan kebanyakkan yang biasanya merancang perkahwinan bersama ahli keluarga dan bergotong royong di dalam banyak hal. Majlis itu walaupun sederhana tetapi tetap menelan belanja yang agak tinggi kerana kos perkhidmatan pengantin sekarang memang agak mahal.
3) Golongan simple & budget- Mereka adalah dari golongan orang yang tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup tetapi tetap ingin melangsungkan perkahwinan walaupun di dalam keadaan yang sangat sederhana.
Di dalam blog saya kali ini kita akan membincangkan tentang golongan yang ke 2 . Mereka yang ada di dalam kelompok ini ada banyak disekeliling kita. Contohnya di kawasan perumahan, kampung-kampung dan lain-lain .
Perkara asas yang diperlukan oleh golongan ini ialah :
1) Kad jemputan
2) Juruandam / pelamin / meja makan damai/ hidangan pengantin.
3)Tukang masak / catering.
4) Khemah / kerusi meja / dekor khemah.
5)Persembahan kugiran/ karaoke.
6) Berkat pengantin.
Ini adalah antara pekara asas yang perlu ada untuk sesebuah majlis perkahwinan. Jika diikutkan jika mahu menempah semua tentu memakan belanja yang sangat tinggi. Oleh itu kita kembali ke zaman era perkampungan dahulu iaitu semangat bergotong royong. Ianya banyak memberi manfaat kepada seluruh keluarga pengantin termasuk pengantin itu sendiri.
Saya sendiri pernah menyelenggarakan sebuah perkahwinan dengan hanya bermodalkan RM 7,000.00 dengan jemputan 1000 orang. Tak percaya kan? Wang hantaran dari pihak lelaki hanya $5,000.00 dan ibu-bapa pengantin hanya perlu menokok $2,000.00 dari saku mereka sebagai tambahan.
Ini bajet yang kami bahagikan :
1) $4000.00 untuk makanan pengantin pada hari bersanding dan berinai. Kami masak sendiri bersama ahli keluarga yang mahir.
2) $650.00 untuk tempahan pelamin dan meja makan damai. Memandangkan pengantin telah membeli pakaian pengantinnya sendiri selain meminjamnya dari handai terdekat kami jimat hampir $1500.00 untuk kos juruandam. Saya yang mempunyai pengalaman sebagai juruandam sebelum ini menyolek sendiri pengantin itu ( anak saudara saya).
3) Berkat jelly yang berharga 0.50 sebiji kami beli terus dari kilang pada jumlah 1,200 biji.
$600.00 - untuk berkat.
4) Khemah & kerusi meja - $550.00
5) Kugiran _ $400.00 hanya utk siang hari saja (malam kami berkaraoke dengan karaoke kami sendiri). Kami jimat $ 400.00 untuk ini.
6) Kad jemputan kami buat sendiri dan print sendiri dengan modal $100.00
7) Dan selebihnya adalah sumbangan dari ahli keluarga terdekat bergotong-royong membantu.
Apa yang perlu ialah kita bebelanja mengikut pepatah " UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI"
InsyaAllah majlis yang akan dilaksanakan akan menjadi satu majlis yang sempurna dan meriah.
Jumpa lagi di blog akan datang dengan tip-tip lain yang akan saya berikan..
Terima kasih dan jumpa lagi..